Pages

Wednesday, 28 September 2011

KAEDAH KAJIAN (siri 1)

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda sepatutnnya dapat:
1. merancang satu kajian dalam pendidikan dengan jayanya;
2. menyatakan perbezaan antara reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif;
3. menjelaskan apakah populasi dan sampel;
4. memilih sampel menggunakan beberapa teknik persampelan;
5. membina alat-alat kajian;
6. melaksanakan kajian rintis;
7. membuktikan kebolehpercayaan dan kesahan alat-alat kajian;
8. menganalisis data kualitatif dan kuantitatif; dan
9. menjelaskan perbezaan antara statistik deskriptif dan inferential.
KAEDAH KAJIAN
Ada 3 peringkat utama:
1. Rancang kajian
  • reka bentuk kajian
  • populasi dan sampel kajian
  • soalan dan data kajian
2.Alat-alat kajian
  • membina alat kajian
  • kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian
  • kajian rintis
3.Analisis Data
  • pengukuran variabel kajian
  • analisis data kualitatif
  • analisis data kuantitatif
    1. Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu.
    2. merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis.
    3. Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuan tujuan kajian yang kita akan jalankan





No comments:

Post a Comment