Pages

Wednesday, 28 September 2011

KAEDAH KAJIAN (siri 1)

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, anda sepatutnnya dapat:
1. merancang satu kajian dalam pendidikan dengan jayanya;
2. menyatakan perbezaan antara reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif;
3. menjelaskan apakah populasi dan sampel;
4. memilih sampel menggunakan beberapa teknik persampelan;
5. membina alat-alat kajian;
6. melaksanakan kajian rintis;
7. membuktikan kebolehpercayaan dan kesahan alat-alat kajian;
8. menganalisis data kualitatif dan kuantitatif; dan
9. menjelaskan perbezaan antara statistik deskriptif dan inferential.
KAEDAH KAJIAN
Ada 3 peringkat utama:
1. Rancang kajian
  • reka bentuk kajian
  • populasi dan sampel kajian
  • soalan dan data kajian
2.Alat-alat kajian
  • membina alat kajian
  • kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian
  • kajian rintis
3.Analisis Data
  • pengukuran variabel kajian
  • analisis data kualitatif
  • analisis data kuantitatif
    1. Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu.
    2. merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis.
    3. Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuan tujuan kajian yang kita akan jalankan





KAJIAN TINDAKAN GURU

http://www.scribd.com/doc/55146383/9/Budaya-Penyelidikan-Dalam-Kalangan-Guru

TARIKH-TARIKH PENTING (BAGI KOHOT PRA-U 2011-2012

5 OKTOBER 2011-Sesi perbincangan tajuk penyelidikan antara penyelia dan ahli kumpulan.

12 OKTOBER 2011-Ahli kumpulan menghantar tajuk penyelidikan kepada  penyelia masing-masing.

Minggu terakhir Januari 2012-proposal penyelidikan dihantar kepada Unit R&D SMK Sri Aman.

PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan cadangan penyelidikan berkenaan bidang penyelidikan yang ingin dijalankan. Cadangan penyelidikan harus mengandungi elemen-elemen seperti berikut:
Every group must submit a research proposal paper regarding research or field that they wish to undertake. The proposal must contain these elements:
a.       Tajuk cadangan penyelidikan
Research Proposal Title

b.      Objektif kajian- jelaskan apakah objektif yang perlu dikaji dalam kajian ini
Research Objectives- Explain what are the objectives of your research

c.       Ringkasan sorotan literatur
Literature Review

d.      Metodologi kajian-jelaskan kaedah yang akan digunakan untuk melaksanakan kajian
Research Methodology- Explain what methods are you using in conducting your research

e.       Rujukan/ Bibliografi- gaya APA
References/ bibliography- APA style
Kertas cadangan penyelidikan hendaklah mengandungi lebih kurang 700 -1500 patah perkataan (tidak melebihi 5 halaman)
The paper for research proposal should contain approximately 700 – 1500 words (not more than 5 pages)