Pages

Thursday 18 August 2011

FORMAT ASAS KERTAS KAJIAN PRA-U SMKSA

FORMAT KERTAS KAJIAN
1.Kertas dan saiz
·         Kertas berwarna putih
·         Saiz A4
·         Berat kertas 70 gsm atau 80 gsm
2.Jidar / margins
·         2.5 cm disebelah atas, kanan dan bawah
·         “Setting” di opsyen “page layout”
3.Huruf/ fonts
·         Huruf times new roman
·         Saiz 12
·         Mesti konsisten
4.Jarak antara baris
·         1.5 spacing ( satu setengah langkau)
·         “setting” di opsyen “styles-normal”
5. Tajuk dan subtajuk
·         “bold” atau hitamkan
·         Huruf besar bagi tajuk dan bab
·         Subtajuk: bold dan huruf
\
6.Muka surat
·         Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i,ii,ii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman abstrak, isi kandungan, dan sebagainya.
·         Nombor 1,,2,3 digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan bermula dari bab 1 iaitu pengenalan sehingga bab 5.0 iaitu rumusan/cadangan/kesimpulan
·         Bahagian bibliografi /rujukan dan lampiran tidak perlu dinomborkan.
·         Cth: rujuk kajian lampau
7.Perenggan
A.    Bahagian pendahuluan
·         Minima 1  muka surat penuh (rujuk contoh)
·         Menarik minat pembaca
·         Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dibincangkan.

B.     Bahagian penutup  atau bab 5 ( rumusan,cadangan, kesimpulan)
·         Ringkas, padat
·         Sekurang-kurangnya 1 muka surat penuh
·         Rujuk contoh
·         3 perenggan- perenggan 1 –rumusan (merumus dapatan)

                       Perenggan 2-cadangan (langkah yg perlu diambil)
                      Perenggan 3-kesimpulan (penegasan keseluruhan kajian)
8.TOPIK DAN TAJUK
·         Kriteria pemilihan tajuk kajian:
1.      Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas.
2.      Tajuk tersebut cukup menarik bagi pengkaji.
3.      Tajuk  tersebut mempunyai bahan sokongan penulisan,mudah dipperoleh dan mencukupi
4.      Topik dipilih harus dibataskan/dihadkan agar skop perbincangannya tidak terlalu luas dan tidak juga terlalu sempit.
5.      Tajuk mestilah menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan.
6.      Tajuk tidak melebihi 20 patah perkataan.
7.      Tidak mengandungi singkatan dan akronim.
8.      Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat.
(contoh 1: punca masalah penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan Enam SMK Sri Aman)
\(contoh 2: Punca Masalah Penulisan Karangan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Sri Aman)

9.BIBLIOGRAFI /RUJUKAN
·           Melalui bibliografi / senarai rujukan ini, pembaca dapat mengatahui sumber yang digunakan oleh pengkaji.
·           Berdasarkan bibliografi ,pembaca yang berpengalaman akan dapat menilai mutu pembahasan sesuatu kajian.
a.       Buku
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2009) . Guru Sebagai Penyelidik.PTS    Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

b.      Artikel dalam buku/majalah

Sluhi Lamat (1993). Pembinaan Perenggan Dalam Karangan. dlm. Pelita   Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

ANALISIS DATA

Panduan berikut boleh digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menjalankan kajian khususnya bab 3 (Metodologi Kajian) dan bab 4(Analisis Data) dan bab -bab lain amnya.
  • Analisis data merupakan proses menggunakan data utk memberi maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan & menyokong keputusan yang akan dibuat seterusnya.

  • Data Kualitatif (teks, pemerhatian dengan makna-makna tersirat) & Data Kuantitatif (yang mempunyai angka) boleh dipersembahkan secara grafik (jadual, gambar) untuk membantu proses analisis.
  • Mencari pola & kategori, persamaan, terangkan trnd & pertanyaan, katalogkan pemerhatian, membilang & membandingkan serta membuat anggaran.
Langkah Analisis Data Kualitatif

Langkah 1:
- Tengok secara lalu maklumbalas
- Mengambil nota atas tema yang muncul, isu/factor yang didengar
- Mencari item yang berulang/penting
Langkah 2:
- cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- tempatkan tema kategori di atas & senaraikan pelajar di tepinya
- boleh gunakan warna kod utk setiap kategori yang berlainan

 Langkah 3:
- bincangkan tinjauan dengan pendidik lain
- baca tinjauan (soal selidik), highliht kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yng telah dikenalpasti
- rekodkan dapatan (data) dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina

 Langkah 4:
- Tanya diri sendiri (apa yang telah saya dapat)
- Rekodkan pemerhatian pola yang muncul semasa melihat matriks: Pola Konsep & Pola Sikap
- Tuli/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
- Cth: Siapa yang cakap lebih banyak antara 2 pelajar
- ’Takut” sentiasa disebut beberapa kali
- Sokongan bacaan jurnal (bandingkan dapatan diri dengan dapatan orang lain)

 Langkah 5:
- Apa kesimpulan yang boleh dibuat
- Rekod kesimpulan samada bawah matriks/atas kertas yang berlainan.

Langkah 6:- Apa langkah yang seterusnya yang boleh dibuat?
i. Tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
ii. Semak semula persoalan kajian
iii. Bina modul/akiviti
- Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
- Apakah maklumat yang masih diperlukan
i. Atas pelajar
ii. Atas kaedah
iii. Maklumat latar belakang untuk tajuk ini


Kegunaan Data Dalam Plan-Do-Study-Act Cycle
1. Plan (perancangan)
- nilai & ringkaskan semua data yang kita ada
- analisis & kenalpasti tema utama
- kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
2. Do- kumpul data
- buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
3. Study
- analisis data yang telah dikumpulkan & membuat kesimpulan
4. Act- kenalpasti soalan tambahan
- rancang untuk penambahbaikan berterusan dalam penyelidikan tindakan
- kita mungkin tak dapat keputusan yang dikehendaki
- dapatan kajian bertujuan untuk memberi panduan & memperbaiki pengajaran kita seterusnya


Ringkasan
 1. Panduan untuk analisis data
- Rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
- cari tema & pola
- susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
- masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
- baca & baca data >1 kali
- bina imej visual
- tulis nota ringkas untuk diri sendiri
- kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
- ‘let data speaks to you’

2. Proses analisis data
 - analisis semua data & buat nota sepanjang masa
- cari tema & pola
- ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- lihat kembali data & semak tema-tema yang telah dibuat
- bina subtema jika perlu
- simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan
- semak maklumat untuk mencari idea baru yang kerap/dominan muncul
- kenalpasti poin utama
- cari maklumat untuk sokong dapatan kajian

Friday 5 August 2011

SUSUNAN LAPORAN KAJIAN

  • Contoh susunan laporan kajian
                                                         
                                                              KANDUNGAN

                                                                                                      Halaman
PENGAKUAN                                                                                                                       ii
PENGHARGAAN                                                                                                                  iii
ABSTRAK                                                                                                                             iv
KANDUNGAN                                                                                                                           

BAB 
                                      1                    PENDAHULUAN                                                  1
1.0   Pengenalan         
1.1  Matlamat kajian
1.2  Objektif kajian
1.3  Persoalan kajian
1.4  Kepentingan kajian
1.5  Batasan kajian                                                
                            
2                   TINJAUAN LITERATUR                                     4
2.0 Pengenalan          
2.1  Tinjauan literatur                                    

               3                 METODOLOGI                                                      6
                                                          3.0 Pengenalan
                                                          3.1 Reka bentuk kajian
                                                          3.2 Persampelan
                                                          3.3 Instrumentasi
                                                          3.4 Prosedur kajian
                                                          3.5 Kaedah analisis data

            4                    PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN             11
                                                         4.0 Pengenalan
                                                         4.1
                 
            5                   RUMUSAN DAPATAN KAJIAN                           15
                                                        5.0 Pengenalan
                                                        5.1 Rumusan dan dapatan kajian        
                   
           
                              
 
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
Borang soal selidik
Surat kebenaran kajian

                                                                               

MUKA DEPAN KERTAS KAJIAN

    Contoh format muka depan



PENYELIDIKAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM
SMK SRI AMAN
2011




PUNCA MASALAH PENULISAN KARANGAN
BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 5 ALIRAN SASTERA
SMK SRI AMAN




DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 3

NAMA PENUH (TINGKATAN)
NAMA PENUH  (TINGKATAN)




panduan penulisan:
  • "font" : Times New Roman
  • saiz 16
  • susunan berbentuk piramid /menghampiri bentuk piramid

Penulisan Bibliografi Format APA Sistem




Rujukan yang dimasukkan dalam penulisan kajian, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya .


1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku
Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:

“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.



(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”



(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:

“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa”



(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh:

“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”


2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku

i. Jurnal

Contoh Jurnal:

Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585

Cara menulis dalam teks:

Menurut, Herrington (1998)……………



ii. Tesis

Contoh tesis:

Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT di kalangan Kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.

Cara menulis dalam teks:

Fadilah Kamsah(2000), mengatakan bahawa……….



iii. Bahan dari Laman Web

Contoh Web

Clinton, J.E.(1999 september). Malaysia justice on trial. E. Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web:http://www@babyrib.clnt.gov.com.

Cara menulis dalam teks:

…………….(Clinton, 1999).



 



B. Penulisan Bibliografi Gaya APA


Bibliografi ialah nama yang diberikan untuk senarai buku-buku, manuskrip dan dan lain-lain penerbitan yang dirujuk , diterang dan disusun secara sistematik. Ia terdapat dibahagian belakang akhiran sesebuah penerbitan bercetak. Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut:

i. Mengikut turutan abjad

ii. Mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit

iii. Baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)


Berikut ialah contoh-contoh bibliografi mengikut kaedah APA

Bahan bercetak

• Buku: Tiada Pengarang

A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic Books.


• Buku:Seorang pengarang

Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York:

Basic Books.


• Buku : Dua Pengarang

Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

• Buku: Tiga Pengarang

Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

• Buku: Lebih dari tiga Pengarang

Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York: Harper & Row.

• Buku Terjemahan

Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of Pennsylavania Press.


• Buku dikarang oleh Badan Korporat

Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author. Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman


• Buku Yang disunting

Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory and research. New York:Wiley.


• Manuskrip yang tidak diterbitkan

Hardison, R. (1983).On the shoulders of giant. Unpublished manuscript


• Artikel dari Majalah

Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34



• Artikel dari Akhbar

Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ .New Straits Times : 25


• Artikel dari Jurnal

Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of abnormal psychology, 90, 575-585.

• Tesis

Abdul Rahman Abdullah (2009). Kompetensi Komunikatif dan Strategi Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya.


• Laporan

Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.


• Program televisyen

The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.



• On line-INTERNET

Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com




TARIKH-TARIKH PENTING


1. Tarikh menghantar draf terakhir :27 Julai 2011
    -muka depan sehingga bibliografi.



2. Kolokium : 12,13,14,15 & 19 hb. September 2011
     -"soft-copy" tayangan slaid perlu dihantar kepada JK Unit Penyelidikan 2 hari sebelum tarikh kolokium.
     -pastikan kandungan tayangan slaid mematuhi format dan syarat yang telah dimaklumkan.


3.  Tarikh menghantar kertas kajian penuh  : 26 hb. September 2011
     -pastikan kajian telah diperakukan / ditanda tangani oleh penyelia masing-masing.

ABSTRAK KAJIAN


KANDUNGAN ABSTRAK


• GAMBARAN ASAS BERKENAAN KESELURUHAN TAJUK KAJIAN

• MELIPUTI HURAIAN RINGKAS TENTANG LATAR BELAKANG KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN , METODOLOGI (SPT JUMLAH SAMPEL/SUBJEK,CARA MELAKUKAN KAJIAN , DAPATAN KAJIAN (TERANGKAN HASIL/DATA YG PALING MENONJOL, KESIMPULAN (MENYIMPULKAN KESELURUHAN KAJIAN)

• 1 PERENGGAN SUDAH MEMADAI (LEBIH KURANG 50-100 P.P)


Contoh abstrak


                                                                          ABSTRAK

           Kajian ini bertujuan untuk melihat penyertaan pelajar tingkatan 4 dalam aktiviti lisan semasa pengajaran Bahasa Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan kaedah tinjauan ini menggunakan 40 orang pelajar di SMK Sri Aman sebagai responden. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan penyertaan pelajar dalam aktiviti lisan. Kaedah ujian digunakan bagi mengenalpasti prestasi pelajar dalam aktiviti lisan berbentuk pengucapan umum. Data yang diperoleh kemudiaannya diproses menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti lisan amat tinggi. Analisis menunjukkan bahawa aktiviti perbincangan mencatat kadar penyertaan tertinggi. Didapati bahawa prestasi mutu dan gaya pengucapan agak lemah. Selain itu, dikemukakan juga implikasi hasil daripada dapatan kajian ini dan juga cadangan susulan untuk kajian yang akan datang yang mungkin bermanfaat untuk guru-guru mengajar subjek Bahasa Melayu khususnya.