Wednesday, 12 October 2011

SURAT PERMOHONAN KAJIAN

Ketua kumpulan 3,
Kajian Penyelidikan Tingkatan 6,
SMK Sri Aman,
Sarawak.


Pengetua SMK Sri Aman,
Peti Surat 62,
95007 Sri Aman,
Sarawak.                                                                                                         8 MAC 2010.

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Soal Selidik Dalam Kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman.

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya Muhammad Syafie Bin Sitora mewakili ahli-ahli Kumpulan 14 ingin memohon kepada pihak tuan agar memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan soal kaji selidik dalam kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman.

2.            Untuk pengetahuan tuan tajuk kajian kami ialah Masalah Merokok Dalam Kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman.Justeru ,Pelajar Lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman merupakan subjek kajian untuk penyelidikan kami. Seramai 100 orang pelajar lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman diperlukan untuk membantu dalam penyelidikan kami.

3.         Oleh yang demikian, kami amat berharap agar pihak tuan membenarkan kami menjalankan soal kaji selidik dalam kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Lima Aliran Sastera SMK Sri Aman pada 10 Mac 2010.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan ,saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

_________________________________
(MUHAMMAD SYAFIE BIN SITORA)
Ketua Kumpulan 14,
Kajian Penyelidikan Tingkatan 6,
SMK Sri Aman,
Sarawak.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget