Pages

Thursday 18 August 2011

FORMAT ASAS KERTAS KAJIAN PRA-U SMKSA

FORMAT KERTAS KAJIAN
1.Kertas dan saiz
·         Kertas berwarna putih
·         Saiz A4
·         Berat kertas 70 gsm atau 80 gsm
2.Jidar / margins
·         2.5 cm disebelah atas, kanan dan bawah
·         “Setting” di opsyen “page layout”
3.Huruf/ fonts
·         Huruf times new roman
·         Saiz 12
·         Mesti konsisten
4.Jarak antara baris
·         1.5 spacing ( satu setengah langkau)
·         “setting” di opsyen “styles-normal”
5. Tajuk dan subtajuk
·         “bold” atau hitamkan
·         Huruf besar bagi tajuk dan bab
·         Subtajuk: bold dan huruf
\
6.Muka surat
·         Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i,ii,ii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman abstrak, isi kandungan, dan sebagainya.
·         Nombor 1,,2,3 digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan bermula dari bab 1 iaitu pengenalan sehingga bab 5.0 iaitu rumusan/cadangan/kesimpulan
·         Bahagian bibliografi /rujukan dan lampiran tidak perlu dinomborkan.
·         Cth: rujuk kajian lampau
7.Perenggan
A.    Bahagian pendahuluan
·         Minima 1  muka surat penuh (rujuk contoh)
·         Menarik minat pembaca
·         Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dibincangkan.

B.     Bahagian penutup  atau bab 5 ( rumusan,cadangan, kesimpulan)
·         Ringkas, padat
·         Sekurang-kurangnya 1 muka surat penuh
·         Rujuk contoh
·         3 perenggan- perenggan 1 –rumusan (merumus dapatan)

                       Perenggan 2-cadangan (langkah yg perlu diambil)
                      Perenggan 3-kesimpulan (penegasan keseluruhan kajian)
8.TOPIK DAN TAJUK
·         Kriteria pemilihan tajuk kajian:
1.      Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas.
2.      Tajuk tersebut cukup menarik bagi pengkaji.
3.      Tajuk  tersebut mempunyai bahan sokongan penulisan,mudah dipperoleh dan mencukupi
4.      Topik dipilih harus dibataskan/dihadkan agar skop perbincangannya tidak terlalu luas dan tidak juga terlalu sempit.
5.      Tajuk mestilah menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan.
6.      Tajuk tidak melebihi 20 patah perkataan.
7.      Tidak mengandungi singkatan dan akronim.
8.      Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat.
(contoh 1: punca masalah penulisan karangan di kalangan pelajar tingkatan Enam SMK Sri Aman)
\(contoh 2: Punca Masalah Penulisan Karangan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Sri Aman)

9.BIBLIOGRAFI /RUJUKAN
·           Melalui bibliografi / senarai rujukan ini, pembaca dapat mengatahui sumber yang digunakan oleh pengkaji.
·           Berdasarkan bibliografi ,pembaca yang berpengalaman akan dapat menilai mutu pembahasan sesuatu kajian.
a.       Buku
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2009) . Guru Sebagai Penyelidik.PTS    Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

b.      Artikel dalam buku/majalah

Sluhi Lamat (1993). Pembinaan Perenggan Dalam Karangan. dlm. Pelita   Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Casinos Near Me - BJT Hub
    Best Casino Near Me 정읍 출장샵 in MI 2021 - Find the best places to 제천 출장샵 stay 경산 출장안마 near casinos There are over 1,000 slot machines and over 500 table 정읍 출장안마 games available 인천광역 출장샵 in each city,

    ReplyDelete