Pages

Friday 5 August 2011

ABSTRAK KAJIAN


KANDUNGAN ABSTRAK


• GAMBARAN ASAS BERKENAAN KESELURUHAN TAJUK KAJIAN

• MELIPUTI HURAIAN RINGKAS TENTANG LATAR BELAKANG KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN , METODOLOGI (SPT JUMLAH SAMPEL/SUBJEK,CARA MELAKUKAN KAJIAN , DAPATAN KAJIAN (TERANGKAN HASIL/DATA YG PALING MENONJOL, KESIMPULAN (MENYIMPULKAN KESELURUHAN KAJIAN)

• 1 PERENGGAN SUDAH MEMADAI (LEBIH KURANG 50-100 P.P)


Contoh abstrak


                                                                          ABSTRAK

           Kajian ini bertujuan untuk melihat penyertaan pelajar tingkatan 4 dalam aktiviti lisan semasa pengajaran Bahasa Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan kaedah tinjauan ini menggunakan 40 orang pelajar di SMK Sri Aman sebagai responden. Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan penyertaan pelajar dalam aktiviti lisan. Kaedah ujian digunakan bagi mengenalpasti prestasi pelajar dalam aktiviti lisan berbentuk pengucapan umum. Data yang diperoleh kemudiaannya diproses menggunakan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti lisan amat tinggi. Analisis menunjukkan bahawa aktiviti perbincangan mencatat kadar penyertaan tertinggi. Didapati bahawa prestasi mutu dan gaya pengucapan agak lemah. Selain itu, dikemukakan juga implikasi hasil daripada dapatan kajian ini dan juga cadangan susulan untuk kajian yang akan datang yang mungkin bermanfaat untuk guru-guru mengajar subjek Bahasa Melayu khususnya.



No comments:

Post a Comment